Dahulu, Kini
Dulu,
Aku suka sangat terikut-ikut gaya gothic campur emo. Entah, best kot. Aku mungkin teruk lagi dari korang yang buka aurat tu. Aku faham perasaan korang kalau korang tak nak pakai tudung.
Dulu,
Aku macam korang gak. Aku pernah ada perasaan benci dengan orang pakai tudung. Kenapa? Kerana diorang hanya tahu pakai tudung, tapi perangai tak seindah seperti yang dinyatakan Islam.
Bayangkan tempat public, boleh sesuka hati diorang ni main raba-raba. Pakwe dia masuk tangan dalam baju, dalam rambut. Kalau dah kahwin pun, jangan buat depan mata anak orang yang belum cukup umur ni. Kalau belum kahwin, lu pikirlah sendiri.
Pernah abang aku tanya.
"Ko ada dua pilihan. Pakai tudung jadi orang alim sangat atau pakai baju seksi jadi macam orang lain."
Sebaliknya aku tak memilih kedua-duanya. Aku cakap "Eii, tak naklah pakai tudung macam tu, mungkin aku yang macam aku sekarang, tak pakai tudung tapi tak seksi dan menyeksakan."
Sampai macam tu sekali aku cakap. Kepada korang yang fikir macam tu, kita serupa~
Kini,
Bial aku dah bertudung, aku rasa sedih sangat bila ada orang fikir yang bukan-bukan tentang orang yang bertudung.
Dorang cakap "tak semua orang pakai tudung tu baik, ada jugak orang yang pakai tudung lagi baik a.k.a mulia."
Ada juga yang cakap "pakai tudung tak semestinya dorang sembahyang, dorang nak menunjuk-nunjuk je."
"Tengok tu, pakai tudung tapi terkinja-kinja. Lebih baik tak pakai tudung tapi duduk diam je kan?"
Pernah aku bagi satu artikel tentang persamaan orang yang pakai tudung dengan tak pakai tudung.
Ada yang cakap "oo, jadi orang yang pakai tudung tapi tak sepenuhnya tu sama je dosanya ngan orang tak pakai tudung. jadi diorang tu teruklah kan?
Diorang langsung tak terasa hati malah terus-menerus memandang negatif orang yang bertudung.
Walaupun aku sedih, tapi aku rasa ada benarnya apa yang dorang cakap. Maaflah, aku tak terniat nak mengutuk orang yang tak bertudung. Seperti yang aku cakap, aku pernah rasa apa yang korang rasa, malah lebih teruk lagi. Tapi sekarang aku sensitif dengan orang yang mempersendakan tudung di depan aku.
Aku paling sensitif kalau ada orang cakap "Ko ni tak gune pakai tudung, baik bukak je."
"Ko ni tak gune solat, perangai cam haram!"

Biarlah dia berdosa kepada manusia, tetapi sekurang-kurangnya dia dah melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah. Tapi anda (untuk mereka yang berfikiran negatif) tentu melakukan dosa terhadap manusia dan yang paling penting lebih berdosa kepada Allah! Ada paham.
[Tapi kan selalunya orang yang perangai cam haram walaupun solat, tu maksudnya adalah something wrong dengan solat, akidah dia. Ataupun dia dikelilingi dengan orang yang penuh syaitan disekelilingnya. [Yelah, hidup kita ni bergantung pada benda di sekeliling kita]
Kepada anda yang marah kerana ada kawan yang berkata "Kenapa ko ni perangai cam $!@7 tapi solat ek?"
Maka jawablah. "Mana taknya, dah aku dapat kawan yang banyak sangat syaitan kat keliling dia. Dah pulak melekat kat aku satu. So jadilah aku macam korang, eh macam syaitan."
Kalamnya, saya mewakili orang yang bertudung dan bersolat ingin memberitahu bahawa "Jangan sesekali anda memandang keburukan orang lain, jangan sesekali anda memandai-mandai dalam soal agama, jangan sesekali anda mencuba untuk menegakkan benang yang basah. Tetapi fikirlah akan diri anda sendiri. Tiada siapa yang mampu mengubah seseorang kecuali seseorang itu sendiri. Menasihati itu baik, tetapi jangan sampai diri sendiri yang terjerat seperti meludah ke langit, terkena muka sendiri."
Sori lagi sekali aku buat entri ni. Sebabnya tak lain tak bukan kerana telinga aku dah bernanah setiap kali dorang cakap macam tu.
Maaf sekali lagi dan jika anda terasa, jauhkan diri dari saya. Saya ingin ketenangan. Tapi kepada mereka yang tidak sesekali terpekik seperti orang yang tak ada iman, anda tidak ada kena-mengena dengan topik ini.
Peringatan, sesiapa yang berani memperlekehkan hal tudung lebih baik anda menyiapkan telinga anda untuk ditazkirahkan oleh saya. Dan pastikan syaitan yang ada kat korang jauhkan diri dari aku, aku takut nanti aku terjerumus ke lembah yang hina. Okey. Assalamualaikum.
p/s : Aku tau pakai tudung tak wajib. Tapi tutup aurat tu wajib, okay.
p/s : Sori kalau kurang ajar, tapi kalau cakap elok-elok korang takkan dengar kan?


Chapter 14 coming soon...